Persiapkan Diri Sebelum Membuat Blog

Ditulis pada oleh cara seo pontian,
Dewasa ini semakin banyak blog baru muncul. Tetapi kebanyakannya terbiar begitu sahaja kerana mereka tidak mempunyai tujuan yang jelas kenapa mereka membuat blog. Blog yang dibuat tanpa tujuan ataupun matlamat yang jelas tidak akan bertahan lama.

Bermacam-macam alasan diberikan antaranya ialah tiada pembaca yang datang, kekeringan idea untuk menulis artikel, tidak mendatangkan keuntungan sebagaimana yang diharapkan dan juga pelbagai alasan yang lain.

Perlu diberi perhatian membuat blog baru bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara secara tergesa-gesa tanpa perancangan. Untuk memastikan blog yang dibuat mampu bertahan dengan baik dan menghasilkan konten yang berkualiti, persiapan dan perancangan perlu dibuat. Dengan adanya persiapan dan perancangan yang rapi insha allah kita akan mampu menguruskan blog kita dengan baik, berkualiti dan mampu bertahan dalam tempoh masa yang panjang. Ini kerana dunia blogging memerlukan tempoh masa yang terlalu lama untuk berjaya menjadi blog yang baik dan memberi manfaat kepada pemiliknya dan juga pembaca.

Di bawah ini Cara SEO Pontian senaraikan beberapa langkah ataupun tips penting yang perlu diketahui sebelum membuat blog.

Tips Penting Sebelum Membuat Blog

1. Matlamat yang Jelas
Tanya diri anda kenapa anda ingin membuat blog? Apakah yang anda harapkan dengan menulis di blog? Apakah cita-cita anda? Adakah anda mempunyai semangat yang kuat? Apakah anda saja suka-suka ataupun ingin mencuba setelah melihat rakan-rakan anda mempunyai blog?



Cuba anda jawab dahulu pertanyaan-pertanyaan tadi.

Soalan-soalan tersebut nampak macam remeh, akan tetapi itulah yang akan menentukan hala tuju blog anda di suatu masa nanti supaya anda tahu bahawa anda serius ataupun tidak.

2. Pilih Niche Blog(tema)
Pemilihan niche blog merupakan satu perkara yang penting dan sangat berkait rapat dengan tujuan anda membuat blog. Sekiranya anda seorang yang betul-betul serius, tentunya anda sudah apakah tema blog anda. Apakah maklumat yang ingin disampaikan kepada pembaca melalui blog tersebut. Blog yang mempunyai suatu niche yang tetap akan menerima kedatangan pengunjung yang ramai dan lebih baik lagi sekiranya anda seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam niche tersebut. Anda tidak akan kekurangan idea ketika hendak menerbitkan satu-satu artikel.

3. Pilih Platform Yang Sesuai
Anda ingin buat blog di mana? Pada masa sekarang terlalu banyak platform yand disediakan seperti blogger, wordpress, drupal, joomla dan macam-macam lagi. Pilih platform yang mudah dan sesuai dengan diri anda. Platform yang paling mudah untuk digunakan bagi mereka yang baru bermula ialah platform blogger dan juga wordpress. Anda boleh menggunakan platform yang percuma ataupun berbayar.

4. Template Blog
Jika anda sudah mempunyai platform yang sesuai untuk blog anda, maka carilah template yang bersesuaian dengan platform yang anda gunakan. Pastikan template yang anda gunakan nanti menarik, cepat loading dan tidak terlalu fancy.

5. Pembaca
Anda perlu mengetahui sasaran pembaca yang akan membaca tulisan anda. Adakah mereka minat membaca mengenai kesihatan, kereta, blogging, buat duit online, isu semasa, hiburan dan sebagainya.

Anda juga perlu mengetahui dari manakah pembaca menjumpai blog anda. Adakah ianya dari enjin carian google, facebook, twitter, google plus dan social media yang lain. Untuk mengetahui dari manakah sumber pembaca itu datang memerlukan perjuangan dan semangat yang gigih kerana ianya tidak akan datang selepas satu hari anda membuat blog.

6. Target Dan Harapan Anda
Fikirkan berapa lamakah untuk anda kecapi matlamat yang anda nyatakan di awal perancangan membuat blog. Satu bulan, tiga bulan, satu tahun atau? Apa yang perlu anda sekiranya anda tidak mampu mencapai impian anda dalam tempoh masa yang anda tetapkan. Berhenti ataupun terus berusaha.

Sekian. Itulah antara beberapa langkah untuk persiapkan diri sebelum membuat blog.

Catat Ulasan

Live link akan didelete