CARA MEMBUAT EMAIL BARU DI GMAIL 2015

Ditulis pada oleh cara seo pontian,
Artikel cara membuat email baru ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa sesuai dengan perubahan waktu.

Pengertian email yang dimaksudkan menurut Wikipedia ialah satu method ataupun cara untuk menghantar pesanan bertulis secara digital dari penulis kepada satu ataupun beberapa penerima yang lain. Email tersebut beroperasi diantara rangkaian komputer yang dihubungkan dengan internet.

Secara asasnya pesanan email terdiri daripada tiga komponen yang penting iaitu message envelop, message header dan message body. Pengguna email tidak akan dapat melihat secara nyata mengenai tiga komponen tersebut kerana ianya digabungkan dalam satu pesanan digital yang dipanggil email.

Sejarah email telah bermula pada sekitar tahun 1960-an dan dipanggil dengan nama electronic mail ataupun surat elektronik, pada tahun 1993 barulah nama email ataupun e-mail digunapakai secara meluas di seluruh dunia sehinggalah sekarang.

Langkah Cara Daftar Email Di Gmail

Klik url https://mail.google.com. Anda akan nampak paparan sebagaimana di bawah. Isikan maklumat-maklumat didalam ruangan yang disediakan.(Jika tidak faham cara untuk mengisi sila baca penjelasan di bawah)

cara membuat email gmail gratis

Penjelasan cara mengisi maklumat akaun gmail

Nama : Isikan nama pertama dan nama akhir anda. Sebagai contoh ruangan pertama ialah Ahmad dan ruangan akhir ialah Abu.

Pilih nama pengguna anda : Masukkan alamat email yang diinginkan. Pilihlah dengan unik kerana ia akan menjadi username and. Gabungkan dengan angka dan tanda noktah.Contohnya: ahmad.abu2015
  • Tidak perlu menulis @gmail.com di dalam ruangan tersebut kerana ianya dimasukkan secara automatik.
  • Alamat email tidak semestinya mempunyai nama anda, cuma apa yang penting ialah belum ada yang menggunakan alamat email tersebut.
  • jika ada peringatan "Orang lain telahpun menggunakan nama pengguna itu.Ambil perhatian kerana kami mengabaikan tanda titik dan huruf besar dalam nama pengguna. Cuba nama lain?" Anda juga boleh mencuba alamat email yang telah tersedia.
Buat kata laluan : Masukkan kata laluan yang anda inginkan sekurang-kuranya 8 character. Sebaiknya cuba gabungkan antara huruf dan nombor yang panjang supaya akaun anda tidak mudah diceroboh oleh orang lain.
  • jangan gunakan nombor kad pengenalan, nombor handphone anda ataupun apa-apa yang menceritakan tentang maklumat diri anda sebagai kata laluan. Ini akan memudahkan orang yang tidak bertanggungjawab menceroboh akaun email anda.
  • penggunaan huruf besar dan huruf kecil amat berpengaruh dalam ruangan buat kata laluan ini. Jadi kena pastikan CAPS LOCK anda ON atau OFF terlebih dahulu.
Sahkan kata laluan anda : Masukkan kembali kata laluan yang telah dimasukkan tadi.

Hari lahir : Masukkan hari, bulan dan tahun kelahiran

Jantina : Masukkan jantina anda samada perempuan, lelaki ataupun lain-lain.

Telefon mudah alih : Masukkan nombor telefon mudah alih anda.

Alamat e-mel semasa anda : Masukkan alamat email lain jika ada.(Boleh untuk tidak diisi,abaikan)

Buktikan anda bukan robot : Isikan ruangan "taipkan teksnya" dengan kod yang anda lihat sebagaimana kotak di bawah. Contohnya masukkan nombor 931 ke dalam ruangan "taipkan teksnya". Maaf saya lupa untuk mengisi dalam ruangan tersebut.
Lokasi : Pilih lokasi negara anda samada Malaysia, Indonesia, Singapura atau sebagainya. Tandakan centang sekiranya anda telah bersetuju dengan syarat dan tos yang dinyatakan oleh google.

Langkah terakhir : klik "Langkah seterusnya" yang berwarana biru.

Buat profil Google+ awam anda : Pada ruangan ini anda boleh memuat naik gambar untuk dimasukkan ke dalam profile google+ anda. Walaubagaimanapun anda boleh mengabaikannya buat sedketika dengan memilih "Tidak,terima kasih".

Klik icon yang tertulis "Teruskan ke Gmail" yang berwarna biru.

Tunggu beberapa ketika sehingga proses loading menunjukkan pemberitahuan yang bertajuk "Biarkan Gmail yang bekerja keras".

Klik icon "seterusnya".Jika anda ingin meneruskan bacaan mengenail gmail baru ini klik icon "seterusnya" dan jika tidak mahu meneruskan bacaan, klik huruf X dipenjuru atas sebelah kanan creen monitor anda.

Sekarang email gmail anda sudah siap sepenuhnya.

P/S: cara membuat email baru di Gmail gratis berkemungkinan akan berubah mengikut peredaran masa. Selamat mencuba.

Catat Ulasan

Live link akan didelete