Contest Review Lynk.my Dah Sebulan

Ditulis pada oleh Cara SEO Pontian,
Pejam pejam celik contest review lynk.my sudah memasuki bulan disember 2015. Kalau tak silap saya, ini merupakan bulan terakhir bagi peserta berusaha untuk menduduki carian teratas google.com.my. Pada 27 disember nanti akan tamatlah contest review yang boleh disifatkan paling sengit pada tahun ini.

Kenapa saya katakan contest review nie sengit?

Pada pandangan saya yang jelek ini, semakin ramai blogger Malaysia sudah mengetahui apa itu SEO dan kepentingannya terhadap sesebuah blog. Sudah banyak kelas-kelas berkaitan SEO mula tumbuh bagaikan cendawan. Tidak kurang juga ramai pakar SEO mula menyediakan jasa SEO. Disamping itu backlink-backlink daripada contest SEO yang lalu berjaya ditebak oleh peserta-peserta yang menyertai pertandingan review lynk.my ini.

Beberapa hari yang lepas, saya ada membuat sedikit research backlink peserta yang menyertai contest review lynk.my 2015 ini. Biasalah selepas sebulan, barulah boleh tengok saingan kita membuat backlink. Banyak juga membuat backlink commenting dan banyak juga membuat backlink secara contextual link.

jadi bukan mudah untuk berada di carian teratas google kali ini, apalagi untuk memenangi contest anjuran lynk.my tersebut. Tambahan pula keputusan juri untuk memilih pemenang ialah menggunakan engin carian di google.com.my.

Pergerakan blog utama saya agak lambat pada masa sekarang ini kerana ada masalah dengan fetch as google di google webmaster tools. Saya tidak boleh melakukan fetch as google secara manual kerana crawler google tidak membenarkannya buat sementara waktu. Sekiranya saya melakukan fetching, maka error mesej "temporary unreachable" akan dipaparkan. Jadi agak sukar untuk mengemaskini artikel ke GSC dan memaksa sang crawler merayapi artikel contest review saya dengan cepat.

Walaupun begitu bukan tandanya perlu berputus asa, tetapi perkara itu sedikit sebanyak menambah kesedaran saya mengenai kerja sang crawler. Jadi saya biarkan sahaja ianya berjalan dengan cara yang amat natural. Terus terang untuk pertandingan review lynk.my 2015 ini, saya tidak banyak menggunakan dummy blog iaitu membuat backlink dari dalam artikel dan sudah agak kurang melakukan spam backlink(Commenting).

Akhir kata selamat maju jaya kepada peserta contest review lynk.my 2015.

Catat Ulasan

Live link akan didelete